Thursday, June 16, 2011

Abortion baby

Isu ini bukan lagi luar biasa pada zaman sekarang. Malah ia telah menjadi kebiasaan kepada remaja masa kini. Mengapakah hal ini berlaku?? Hal ini adalah kerana mereka yang terlalu mengikut hawa nafsu dan ingin mencari keseronokan di usia remaja mereka.

Pengguguran merupakan penyingkiran atau pengeluaran embrio atau fetus dari uterus ibu , dan mengakibatkan kematian embrio atau fetus itu. Proses ini mungkin berlaku secara spontan iaitu disebabkan keguguran atau secara aruhan oleh ibu bayi itu sendiri atas bantuan seorang pakar perubatan.

Pengguguran haram ini biasanya dilakukan disebabkan oleh kehamilan yang kerana kurang persediaan emosi, sosial & ekonomi. Pengguran juga disebabkan oleh mereka yang mengandungkan anak luar nikah disebabkan menjadi mangsa rogol atau seks luar nikah yakni keterlanjuran kerana terlalu taksub dengan hawa nafsu. Namun, ada juga kes di mana pasangan yang sudah berkahwin terpaksa menggugurkan kandungan kerana bimbang akan menjejaskan kesihatan ibu yang mengandung atau anak yang bakal dilahirkan. Dalam kes ini, pengguguran dibolehkan.

Terdapat beberapa cara untuk melakukan pengguguran. Antara ialah melakukan secara surgery, tradisional atau ubat-ubatan. Berikut adalah gambaran bagaimana pengguguran dilakukan.




Setiap perbuatan yang kita lakukan pasti ada kesan dan akibatnya. Begitu juga dalam kes ini. Antara implikasi daripada pengguguran bayi ini adalah jangkitan kuman pada bahagian peranakan, mengalami pendarahan dalam perut yang boleh mengakibatkan kematian, kecederaan pada rahim dan sukar untuk hamil lagi, sekiranya mengandung,mungkin kandungan di luar rahim dan apabila beranak rahim boleh pecah secara spontan. Pengguguran juga boleh membawa kepada kemandulan, senggugut dalam rahim, masalah psikologi-mental dan emosi dan kemurungan akibat teringatkan bayi yang digugurkan.

Semoga kita tidak tergolong dalam golongan yang melakukan pengguguran ini.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...