Wednesday, June 22, 2011

Coklat

Seperti yang kita sedia maklum, coklat merupakan kegemaran orang ramai tanpa mengira usia terutamanya bagi golongan kanak-kanak dan remaja. Kita sering mendengar bahawa coklat mendatangkan banyak keburukan dimana boleh menyebabkan pelbagai penyakit dan salah satu faktor yang membawa kepada kegemukan atau obesiti. Selepas membaca majalah Muslimah, ternyata coklat tidaklah seteruk seperti yang disangka. Ia mempunyai banyak kebaikannya juga. Nak tahu? Jom kita mengetahui rahsia di sebalik coklat yang lazat...


Tahukah anda? Coklat merupakan sejenis makanan yang kaya dengan antioksidan seperti katekin dan fenol. Kandungannya sama seperti teh hijau, jus oren, bayam, bawang, jagung dan pisang. Coklat mampu membantu mencegah sakit jantung dan kanser. Coklat hitam dikatakan mempunyai 4x kadar katekin dan fenol berbanding teh. Satu kajian mengatakan minum teh tanpa susu adalah lebih baik untuk mendapat khasiat antioksidan teh. Antioksidan yang wujud bukan setakat melindungi sel dan DNA daripada radikal bebas malah ia menghalang pembentukan lemak yang boleh menyebabkan saluran darah ke jantung tersumbat.

Sebenarnya, coklat tidak akan menggemukkan selagi mana ia diambil secara sederhana. Satu kajian yang dijalankan di Universiti Pittsburgh mendapati coklat tidak menyebabkan migrain seperti yang disangkakan sebelum ini. Malah coklat mengandungi bahan sperti ubat penenang yang menjadi ubat penahan sakit dan meningkatkan kesihatan. Kita boleh makan coklat seberapa banyak dan kerap kerana ia bukanlah bahan ketagihan.

Coklat juga boleh menguatkan sistem pertahanan badan di samping dapat mengurangkan risiko jangkitan selesema. Perlu diiingat bahawa coklat bukanlah penyebab tumbuhnya jerawat. Sebaliknya, pertumbuhan jerawat adalah disebabkan oleh perubahan hormon dan genetik. Malah, coklat boleh mengurangkan stress.

Coklat mampu menggalakkan pengeluaran kimia endorphin bagi otak wanita, untuk menggalakkan rasa gembira dan mengurangkan stress. Ia mengandungi 2 bahan kimia yang menimbulkan rasa sayang dan berahi iaitu phenylethylamine dan tyramine. Phenylethylamine adalah bahan kimia yang berkait rapat dengan amphetamine. Ia meningkatkan aliran darah, kadar glukosa dalam darah dan menjadikan seseorang itu lebih berwaspada serta rasa puas. Bagi wanita yang menghadapi masalah kesakitan waktu haid, ia akan mengurangkan kadar magnesium dalam badan. Justeru, coklat membekalkan magnesium yang diperlukan oleh badan.

Untuk mengetahui maklumat lanjut mengenai coklat bolehlah rujuk wikipedia di sini.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...