Tuesday, June 21, 2011

Labah-labah


Mengapa saya memilih tajuk labah-labah? Sewaktu saya sedang menonton tv, tiba-tiba mata saya tertarik pada seekor labah-labah yang sedang bergayut-gayut. Selepas meneliti seketika labah-labah tersebut, rupa-rupanya ia sedang berpaut pada sarangnya. Maka, terlintaslah difikiran saya bagaimana labah-labah menghasilkan benang-benang untuk membuat sarangnya.

Dalam subjek biology, saya ada belajar serba sedikit tentang labah-labah, tetapi tidaklah secara mendalam. Sekadar untuk pengetahuan asas sahaja. Biodiversity boleh dibahagikan kepada 5 Kingdom. Labah-labah boleh diklasifikasikan sebagai Phylum Arthrapoda dalam kelas Arachnida di bawah Kingdom Animalia. Labah-labah dikelaskan dalam susunan Araneae, satu daripada beberapa susunan dalam kelas Arachnida yang besar. Labah-labah merupakan haiwan invertebrate yakni tidak mempunyai tulang belakang dan mempunyai lapan kaki.

Labah-labah merupakan haiwan pemangsa. Ia memerangkap mangsanya dengan membina sarang. Menurut Wikipedia, sarang tersebut diperbuat daripada sutera labah-labah, seutas benang protein yang halus dan kukuh yang dihasilkan oleh labah-labah daripada spineret yang pada kebiasaannya terdapat pada hujung abdomen. Membandingkan dari segi berat, sutera labah-labah adalah lima kali lebih kuat berbanding besi keluli. Kesemua labah-labah menghasilkan sutera, walaupun tidak kesemua menggunakannya bagi menganyam perangkap yang rapi. Benang sutera digunakan bagi memanjat, membentuk alas dinding licin bagi sarang dalam tanah, membina kantung telur, membalut mangsa, menyimpan sementara sperma dan banyak lagi kegunaan yang lain.

Subhanallah...apabila memikirkan kehebatan penghasilan sarang labah-labah, secara tidak langsung saya akan turut terfikir kehebatan Allah S.W.T yang telah menciptakan sesuatu yang sangat unik. Jika ingin menonton video tentang kajian mengenai labah-labah klik di sini.




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...