Tuesday, June 14, 2011

Generation Y


Mesti pernah dengar tentang tajuk ini. Apa sebenarnya Generation Y atau Generasi Y?
Generasi Y adalah generasi selepas Generasi X yang dikenali sebagai Zaman Milenium. Actually, Generasi Y adalah generasi yang sudah terbiasa dengan teknologi masa kini, especially teknologi komunikasi sekarang yang semakin canggih seperti handset dan juga internet.

Hakikatnya, teknologi inilah yang paling banyak menyumbang dalam ekonomi mahupun pembangunan negara kita. Gerenasi Y boleh dikatakan pengguna aktif yang tidak boleh hidup tanpa teknologi-teknologi yang ada tersebut.

Menurut Business Week, Generasi Y ini adalah mereka yang lahir pada kisaran tahun 1979 hingga 1994. Namun, ada juga yang berpendapat bahwa Generation Y adalah mereka yang lahir pada kisaran tahun 1976 sampai tahun 2001. Mana satu yang benar? Jika dirujuk dari Wikipedia juga, ia menunjukkan kisaran tahun yang bebeza, iaitu pertengahan tahun 1970 hingga awal tahun 2000.

Memanglah Generasi Y ini mengikut perkembangan semasa, namun hal ini turut mempengaruhi dan membimbangkan kita, kerana golongan ini tidak lagi berminat untuk berkomunikasi dengan dunia luar malah lebih suka untuk memilih to be alone dan bersikap individualistik. Sebagai contohnya, jika dahulu kanak-kanak suka bermain di luar rumah selepas pulang dari sekolah, tetapi sekarang mereka tidak sabar-sabar untuk pulang ke rumah dan lebih suka terperap di dalam bilik sambil bersosial dengan melayari internet. Hal ini mengurangkan interaksi mereka bersama keluarga dan merenggangkan hubungan kekeluargaan.

Jika hal ini berterusan, bagaimana dengan generasi akan datang? Justeru, ibu bapa haruslah memainkan peranan penting untuk mengatasi masalah ini. Bersama-samalah kita memikirkan faktor dan langkah-langkah untuk mengatasi masalah ini agar generasi seterusnya mampu melahirkan pemimpin-pemimpin yang berwibawa dan cemerlang.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...