Monday, June 20, 2011

Fenomena gadis vs jejaka youtube

Bila cakap pasal youtube, mesti semua orang pun tahu. Especially, sekarang dah jadi trend golongan remaja meng'upload' video-video mereka dalam youtube. Almaklumlah, sejak Yuna mendapat anugerah dalam Anugerah Juara Lagu dan Anugerah Berita Harian baru-baru ini, makin ramai remaja yang mahu menjejakinya. Hal ini adalah kerana, kerjayanya juga bermula dari youtube. Walaupun agak pelik dengan hobi mereka ini, namun dari sudut positifnya, melalui video mereka inilah pihak media dapat mencungkil bakat-bakat baru untuk dijadikan pelapis baru.

Antara gadis youtube yang semakin melonjak namanya ialah Najwa Latif. Walaupun baru berumur 16 tahun dan lebih muda dari saya, namun dia memiliki suara yang sedap malah pandai bermain gitar. Dia digelar 'the next yuna' . seorang gadis bertudung , mempunyai suara merdu. Tidak dinafikan, saya agak kagum dengan bakat yang dimilikinya. Malah, sekarang dia lagi sibuk dengan single pertamanya iaitu Cinta Muka Buku. Klik sini kalau mahu singgah ke blog Najwa Latif. Sesiapa yang ade youtube id, boleh subscribe dia di sini.

Selain Najwa Latif, ramai lagi yang mempunyai bakat yang sama (menyanyi dan bermain gitar) iaitu Ainan Tasneem danDeanna Reesha. Percaya tak kalau saya cakap yang saya kenal mereka berdua, tapi saya rasa mereka tak kenal saya pun. Saya bukan famous macam mereka. Umur kami sama dan pernah belajar di tempat yang sama. Kalau mahu dengar suara mereka, search je dalam youtube dan boleh subscibe Ainan Tasneem kat sini. Saya tak berapa tahu sangat tentang mereka. Kalau nak tahu tentang mereka, search je dalam facebook mesti jumpa.

Sekarang kita beralih pula kepada jejaka youtube. Antara yang jejaka youtube famous ialah Matluthfi dan Anwar Hadi. Mereka punya video lebih kepada isu-isu di sekeliling kita. Teknik penyampaian mereka sangat kreatif dan dipelbagaikan untuk membuatkan ia menjadi lebih menarik. Walaupun simple, sekurang-kurangnya video mereka mengandungi pengisian. Saya sangat minat dengan video-video mereka. Kepada sesiapa yang berminat hendak menonton video mereka dan mempunyai youtube id bolehlah subscribe matlutfi90 di sini manakala untuk IniAnwarHadi di sini.

Untuk pengetahuan semua, Anwar Hadi ini merupakan pelajar jurusan TESL dan baru je fly ke Sdyney, Australia untuk sambung belajar di sana. Kalau nak dengar dia speaking tengok video dia. Memang power la english dia. Dia merupakan anak jati negeri Jelapang Padi, iaitu negeri Kedah. Dengar loghat dia pun dah boleh agak. Mostly video dia berkenaan isu semasa yang berlaku di sekeliling kita dan telah diolah dengan sangat baik oleh dia. Memang best layan semua video-video dia.

Inilah Matlutfi


Ini Anwar Hadi

Kalau diperhatikan, sebenarnya banyak persamaan mereka berdua. Sama-sama buat vlog, sama-sama berasal dari kedah, sama umur, sama-sama belajar di Australia dan sama-sama minat kumpulan hujan. Kalau tak percaya, cuba tengok video mereka mesti background lagu hujan, baju pun ada lambang kumpulan hujan. Tapi, masing-masing ada gaya mereka tersendiri.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...