Friday, June 17, 2011

Anak Melayu pertama yang dilaktik menjadi felo & pensyarah University Oxford

Hebat bukan beliau? Beliau yang dimaksudkan di atas ialah Prof Dr Muhammad Afifi al-Akiti. Walaupun baru berusia 34 tahun dan dilahirkan di Batu Gajah, Perak, beliau telah dilantik menjadi Pensyarah Pengajian Islam di Pusat Pengajian Islam Oxford, dan Pensyarah Pusat Islam dalam bidang pengajian Islam di Fakulti Teologi, Universiti Oxford, United Kingdom, dan juga merupakan felo pensyarah di Worcester College, Oxford. Universiti Oxford merupakan universiti yang terkemuka yang berusia 194 tahun.


Ini gambar beliau

Beliau merupakan anak pasangan guru yang mula mendapat pendidikan asas di Selangor, kemudian menyambung pengajian islam secara tradisional di sekolah pondok dan madrasah di Indonesia, Magribi dan Syria. Beliau telah dilantik menjadi Imam di Belfast di Ireland dengan ijazah tradisi ilmu Islam.

Sambil berbakti kepada umat Islam di Ireland, beliau melanjutkan pengajian di University Queen's, Belfast. Beliau meraih ijazah pertama dalam bidang falsafah Nasrani dan dinobatkan sebagai penuntut terbaik' pada tahun 2001. Kejayaan beliau mendorong University Oxford menawarkan biasiswa kepada beliau menyambung pengajian dalam bidang sarjana dan doktor falsafah...Selepas tamat pengajian kedoktoran, beliau dilantik menjadi felo pusat pengajian Islam & menjadi lecturer theology di University Oxford.

Disebabkan pergaulan dan penyelidikan, beliau telah menguasai dan petah dalam 7 bahasa iaitu Bahasa Melayu,English, Arab, Perancis, Jermandan klasik Barat(Latin dan Yunani). Beliau juga aktif dalam pelbagai kegiatan kemasyarakatan dan dakwah di UK. Atas kejayaan yg dikecapi, Dr Afifi dilantik sebagai Ahli Majlis Agama Islam Perak di atas perkenan Sultan Azlan Shah. Latar belakang beliau ditulis berdasarkan video ini.

Beliau memang patut dicontohi dan dikagumi. Semoga lebih ramai lagi yang mampu menjadi seperti beliau dalam menyebarkan dakwah Islam. Amin…:)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...